Aku
menangis lagi.. Tapi kali ini mungkin aku TERPAKSA pergi dari hidupmu..
Kerana kehadiranku terasa tak diperlukan. Kehadiranku terasa mengganggu.
Aku masih ingat kata-kata kau "saya MASIH sayangkan dia, saya TAK NAK
kehilangan dia tapi dalam masa yang sama saya cintakan awak" Kau mungkin
tak tahu yang tiap kali aku teringat kata-kata tu hati ni pedih bagai
dihiris.. Kau sayang dan tak nak kehilangan
dia. Kau cinta aku tapi mungkin kau BOLEH KEHILANGAN aku. Jadi aku
faham, aku yang terpaksa pergi. Semoga KAU dan DIA akan kembali bersama
bahagia seperti sebelum KAU mengenali AKU.. Terima kasih kerana hadir
dalam hidup aku walaupun seketika.. Akan ku simpan CINTA ini jauh di
sudut hatiku. Dan halalkan segala RASA yang pernah kau beri padaku. Aku
rela undur diri untuk lihat KAU dan DIA bahagia.. Kerana aku SAYANG dia.
Aku tak nak DIA menderita disebabkan AKU.. Satu pesanan aku, TOLONG
jaga DIA baik-baik sebab DIA kawan aku..
Aku tak nak kau LUKAKAN hati dia lagi. Jangan risau pasal aku, aku OKEY.. Semoga kalian bahagia..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar