Kadangkala,
akan ada duka yang tak akan mampu kita KONGSI. Walau ada 1000 telinga
mendengar, walau ada 1000 mulut bertanya, dan walau ada begitu banyak
bahu untuk kita sandarkan dan menangis..
Akan ada duka yang masih terbungkam dan tersimpan rapi dalam hati. Tersembunyi dalam senyum dan tawa..
Bukan kita tak mahu, tapi kita tak mampu..
Bukan kita tak percaya, cuma tak tahu bagaimana harus mula..
Kerana kadang-kadang bahasa memang gagal menzahirkan rasa.
Dan ada duka yang akan tetap menjadi RAHSIA antara kita dan DIA (tersenyum melihat langit)..
"ketika duka, KEBISUAN lebih berkata-kata dari bahasa dan airmata"
Tidak ada komentar:
Posting Komentar